Skip to main content

Sukan

Pele dibenar keluar hospital bagi menyambut Krismas bersama keluarga

61639102918_Pele.jpg
SAO PAULO: Lagenda bola sepak Brazil, Pele dibenarkan keluar dari Hospital Albert Einstein, Sao Paulo pada Khamis dan akan menyambut Krismas bersama keluarganya.

Pele, 81, menerima rawatan susulan di hospital berkenaan selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tumor pada ususnya.

"Pesakit didapati stabil dan akan meneruskan rawatan susulan penemuan tumor pada ususnya September lalu," kata hospital berkenaan dalam satu kenyataan semalam.

Pele turut memuat naik sekeping foto pada akaun media sosial Instagram miliknya menunjukkan beliau tersenyum.

"Seperti yang saya janjikan, saya akan menyambut Krismas bersama keluarga.

"Saya akan pulang ke rumah. Terima kasih semua," katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Pelé (@pele)


Disifatkan sebagai antara pemain bola sepak terbaik dunia, juara Piala Dunia tiga kali ini telah menghadapi beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu.




Must Watch Video