Skip to main content

Sukan

Pau Marti sah letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya selepas Piala AMEC

81731248819_TBSKUADHARIMAUMALAYA.jpg
KETUA jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, akan meletakkan jawatannya sejurus selesai kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, bulan depan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pengendali kelahiran Sepanyol itu memutuskan untuk tidak bersama skuad kebangsaan selepas tamat kempen tersebut.



Piala AMEC bakal menjadi tugasan terakhirnya susulan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu melakukan penstrukturan semula mengenai pasukan kebangsaan.



Barisan kejurulatihan yang lain juga mengikut jejak langkah Pau Marti selepas hampir bersama sejak 2022.
Kejayaan terbesar Pau Marti adalah menjuarai Pestabola Merdeka 2024, September lalu. -- Stadium Astro








Must Watch Video