Skip to main content

Sukan

ONE Championship: Rifdean Masdor 'bantai' petarung Thailand

61754112047_TBRifdeanMasdor.jpg
PETARUNG Muay Thai negara, Rifdean Masdor, mencipta sensasi di bumi Thailand selepas menewaskan lawan dari Thailand, Bernueng Sor Salacheep, dalam pentas ONE Friday Fight 118 di Stadium Lumpinee, Bangkok, malam tadi.

Pengalaman jaguh negara berusia 22 tahun turun dalam kategori Atomweight Muay Thai berdepan lawan yang lebih muda itu dimanfaatkan sebaiknya - menumbangkan lawan dalam pusingan kedua - dengan kemenangan menerusi 'majority decision' selepas tiga pusingan.

Untuk rekod, ini merupakan kemenangan keempat Rifdean dalam siri One Championship. - Stadium Astro





Must Watch Video