Skip to main content

Sukan

Liga Europa: Maguire bertengkar dengan Romero selepas tamat perlawanan

61747875959_ManchesterUnited.jpg
PERTAHANAN tengah Manchester United, Harry Maguire, dan pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Cristian Romero, kelihatan bertengkar sementara kedua-dua pasukan menunggu untuk menerima pingat selepas perlawanan akhir Liga Europa.

Sepanjang perlawanan, yang dimenangi Spurs hasil jaringan tunggal Brennan Johnson, Maguire dan Romero bertembung di atas padang.

Selepas pemain pertahanan Argentina itu menerima cabaran yang tidak berbahaya oleh Rasmus Hojlund, pemain skuad England itu kelihatan menjerit, "Anda adalah kapten pasukan, bermainlah seperti seorang kapten."

Romero memakai lilitan kapten Tottenham ketika ketiadaan Son Heung-min yang turun dari bangku simpanan pada separuh masa kedua.

Selepas wisel penamat, Romero seolah-olah berusaha menamatkan situasi tegang sebelumnya dengan pemain United sebelum Maguire memilih untuk menolak jabat tangan Romero.

Dalam ketika Romero cuba berdamai dengan Diogo Dalot, Maguire menghampirinya dan menolaknya, membantah pemain Argentina itu.

Ia kelihatan seolah-olah Maguire memberitahu Romero untuk menyertai keraian bersama rakan sepasukannya dan akhirnya kedua-duanya dipisahkan staf pasukan.

Maguire nampaknya mempunyai masalah khusus dengan Romero dan bukannya pemain Tottenham secara umum selepas kekalahan itu. 








Must Watch Video