Skip to main content

Sukan

Kelayakan Piala Dunia: Itali bedil Israel di laman sendiri

51757383242_SandroTonali.jpg
JARINGAN Sandro Tonali pada masa kecederaan memacu kemenangan Itali menewaskan Israel dalam perlawanan Kumpuan I, Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nagyerdei, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Gennaro Gattuso ketinggalan menerusi jaringan sendiri Manuel Locatelli yang tertampan bola masuk ke gawang sendiri, namun gol Moise Kean menutup kelebihan itu untuk Itali mengikat Israel 1-1 dalam separuh masa pertama.

Dor Peretz memberikan kelebihan sekali lagi buat pasukan tuan rumah, namun Kean menyamakan kedudukan dengan rentak itu diteruskan dengan jaringan mudah daripada Matteo Politano dan Giaomo Raspadori.

Begitupun, sekali lagi jaringan sendiri menghukum Itali dan pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan untuk mengikat kedudukan 4-4, namun sepakan daripada luar kotak Tonali menewaskan penjaga gol pasukan lawan untuk tewas 5-4.

Kemenangan itu mencerahkan peluang skuad Azzurri ke Piala Dunia tahun depan dengan kini berada di kedudukan kedua peringkat kumpulan dengan sembilan mata daripada empat aksi. 






Must Watch Video