Skip to main content

Sukan

Bintang tenis wanita Britain, Emma Raducanu menang Terbuka AS

51631416849_EmmaRaducanu.jpg
ANKARA: Bintang tenis Britain, Emma Raducanu, pada Sabtu memenangi perseorangan wanita Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021, kejuaraan Grand Slam pertamanya.

Raducanu, 18, menundukkan pencabarnya Leylah Fernandez, 19, dari Kanada dengan straight set 6-4, 6-3 di gelangang final yang berlangsung di Stadium Arthur Ashe, New York City, lapor Agensi Anadolu.

Pemain itu menjadi wanita Britain pertama memenangi Terbuka AS sejak 1968 ketika itu dimenangi Virginia Wade.

Raducanu membawa pulang piala dan hadiah wang tunia US$2.5 juta.

-- BERNAMA

Must Watch Video