Skip to main content

Sukan

Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain

71738027403_radjanainggolan.jpg
BEKAS pemain kebangsaan Belgium, Radja Nainggolan, telah ditahan bagi membantu siasatan berkenaan kes penyeludupan kokain di sebuah bandar terkemuka negara itu, semalam.

Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang daripada beberapa suspek yang diberkas oleh polis selepas melakukan siri serbuan berskala besar di seluruh negara itu.

"Siasatan tersebut membabitkan dakwaan kemasukan dadah tersebut dari Amerika  Selatan ke beberapa negara Eropah melalui pelabuhan Antwerp.

"Kami mengesahkan bahawa bekas pemain Bhayangkara Presisi Indonesia itu ditahan dan tiada kenyataan lanjut buat masa sekarang," kata pendakwa raya Brussels.


Ironinya, penahanan itu dibuat hanya enam hari selepas dia keluar daripada persaraan dan kembali bermain bola sepak bersama Lokeren-Temse. - StadiumAstro






Must Watch Video