Skip to main content

Sukan

Badminton Masters Malaysia: Juara bertahan, Soon Huat-Shevon Lai, kandas

71747809204_TBMastersMalaysia.jpg
GANDINGAN beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berputih mata tewas kepada wakil Denmark seawal pusingan pertama Masters Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Kekalahan Beregu Campuran Negara: Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir seawal pusingan pertama Masters Malaysia selepas tewas kepada pasangan Denmark, Mads Vestergaard-Christine Busch.
  • Gagal Pertahan Kejuaraan: Beregu campuran pilihan ketiga kejohanan itu tidak dapat mempertahankan gelaran juara edisi lalu.
  • Kemenangan Beregu Muda Malaysia: Aaron Tai-Kang Khai Xing berjaya menyingkirkan wakil Denmark yang merupakan naib juara Terbuka Thailand menerusi aksi dramatik tiga set 12-21, 21-11, 21-17.


Pilihan ketiga kejohanan itu kandas dalam tempoh 38 minit dan gagal mempertahankan status juara edisi lalu.

Meskipun hampir bangkit di set kedua, namun Mads Vestergaard-Christine Busch berjaya menoktahkan kemenangan, sekali gus mara ke peringkat seterusnya.



Sementara itu, beregu muda lelaki negara, Aaron Tai- Kang Khai Xing, menunjukkan jalan keluar kepada wakil Denmark yang merupakan naib juara dalam Terbuka Thailand minggu lalu, menerusi kebangkitan terpuji aksi tiga set 12-21, 21-11, 21-17. -- Stadium Astro





Must Watch Video