Skip to main content

Sukan

UCL: Gol Luis Diaz, Harry Kane pacu Bayern Munich tumbangkan Real Madrid di Santiago Bernabeu

Bayern's Harry Kane, left, and teammate Joshua Kimmich look at the fans after the Champions League quarterfinal first leg soccer match between Real Madrid and Bayern Munich in Madrid, Spain, Tuesday, April 7, 2026. (AP Photo/Jose Breton)
Harry Kane (kiri) dan Joshua Kimmich memberi penghargaan kepada penyokong selepas tamat perlawanan UCL antara Real Madrid dan Bayern Munich di Madrid, Sepanyol, 7 Apr 2026. (Foto AP)

LUIS Diaz dan Harry Kane memacu kemenangan tipis Bayern Munich menewaskan Real Madrid 2-1 dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Vincent Kompany mendahului dalam babak pertama selepas Diaz menoktahkan hantaran Serge Gnabry pada minit ke-41 untuk menewaskan Andriy Lunin.

Masuk babak kedua menyaksikan skuad Die Roten tidak menunggu lama untuk menghukum pasukan pelawat di laman sendiri apabila Harry Kane menyempurnakan hantaran Michael Olise dari tepi kotak penalti daripada situasi serangan balas untuk Bayern mendahului 2-0.

Dalam 30 minit terakhir pula, Madrid kembali memperkemaskan corak permainan mereka sehingga Kylian Mbappe merapatkan deficit jaringan pada minit ke-72 menjadikan kedudukan 1-2.

Ketangkasan penjaga gol berpengalaman, Manuel Neuer, menafikan beberapa siri percubaan hasil gandingan duo - Mbappe dan Vinicius Jr - sehingga wisel penamat dibunyikan.

 

 

Must Watch Video