Skip to main content

Sukan

ONE Championship: Lebam, birat! Takeru umum bersara selepas 'bantai' Rodtang

Petarung Jepun, Takeru Segawa, mengumumkan persaraan daripada dunia sukan tempur pada usia 34 tahun sejurus selepas menewaskan jaguh dari Thailand, Rodtang Jitmuangnon, malam tadi._Stadium Astro
Tumbukan demi tumbukan Takeru ke atas Rodtang memastikannya memperolehi 'knockout' (KO) dalam pusingan kelima untuk merangkul gelaran ONE Flyweight Kickboxing. - stadium Astro

PETARUNG Jepun, Takeru Segawa, mengumumkan persaraan daripada dunia sukan tempur pada usia 34 tahun sejurus selepas menewaskan jaguh dari Thailand, Rodtang Jitmuangnon, malam tadi.

Aksi One Samurai yang berlangsung di Arena Ariake, Tokyo, Jepun itu menyaksikan tumbukan demi tumbukan Takeru ke atas Rodtang memastikannya memperolehi 'knockout' (KO) dalam pusingan kelima untuk merangkul gelaran ONE Flyweight Kickboxing.

 

Aksi lima pusingan itu bermula penuh agresif buat kedua-dua petarung yang saling berbalas tumbukan, namun Rodtang kerap kali jatuh selepas diasak Takeru sekali gus menambah keyakinan petarung Jepun itu untuk menoktahkan pusingan terakhir dengan bergaya. -- Stadium Astro

Must Watch Video