Skip to main content

Sukan

Moto3: Hakim Danish sambar petak ketiga GP Brazil

Sumber: Stadium Astro
Pelumba  AEON Credit-MT Helmets-MSi itu merekodkan masa 1 minit 26.448 saat (s) pada sesi kelayakan dua (Q2) di Litar Autodromo Internacional de Goiania. - Stadium Astro

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan memberangsangkan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Brazil untuk menyambar petak ketiga pada perlumbaan utama hari ini.

Pelumba  AEON Credit-MT Helmets-MSi itu merekodkan masa 1 minit 26.448 saat (s) pada sesi kelayakan dua (Q2) di Litar Autodromo Internacional de Goiania.

Pelumba LevelUp MTA Joel Esteban dari Sepanyol, muncul pelumba terpantas dan akan bermula dari petak utama selepas mencatat 1:26.241s.

Wakil Red Bull KTM Tech3 dari Argentina, Valentin Perrone pula berada di tempat kedua pada sesi kelayakan dengan 1:26.447s.

Keputusan tersebut menyaksikan Hakim Danish memiliki peluang menaiki podium sulung musim ini selepas memulakan saingan 2026 dengan menamatkan perlumbaan di GP Thailand di kedudukan ke-18, awal bulan ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video