ISMAILY tersingkir daripada Liga Perdana Mesir buat kali pertama dalam tempoh hampir 70 tahun.
Tempoh panjang kelab tersebut dalam Liga Perdana Mesir berakhir selepas kekalahan 1-2 kepada pendahulu, Wadi Degla, sekali gus tercampak ke divisyen kedua.
Sebelum ini, nasib sama menimpa juara liga tiga kali itu pada musim lalu, namun badan pengelola membatalkan penyingkiran tersebut, dan akhirnya menyaksikan ia benar berlaku pada musim ini apabila kekal di tangga tercorot kumpulan dengan 19 mata.
Meskipun berbaki tiga lagi perlawanan, mereka tetap tidak dapat melepaskan diri.
Ia adalah penyingkiran kedua dalam sejarah Ismaily dan yang pertama sejak musim 1957/58, apabila kelab itu menerima kesan daripada krisis Suez 1956 dan termasuk melepaskan pemain utama.
Ditubuhkan pada tahun 1924 dan berpangkalan di bandar Ismailia di timur laut di tebing Suez, Ismaily merupakan salah satu kelab tertua Mesir dan kali terakhir memenangi liga pada 2001-02.
Mereka juga mempunyai dua gelaran Piala Mesir dan merupakan kelab Mesir pertama yang memenangi pertandingan kelab utama Afrika, yang ketika itu dikenali sebagai Piala Kelab Juara-Juara Afrika pada tahun 1969.
Tetapi kelab itu telah mengalami detik sukar daripada segi kewangan dan juga terpaksa menerbitkan butiran akaun banknya untuk memohon dana daripada penyokong.
🚨🇪🇬OFFICIAL: ISMAILY SC is relegated from the Egypt Premier league for the first time since the formation of the top flight league in 1957-1958 season.🟡❌️
✅️: They are also the first Egyptian team to ever win the CAF Champions League. pic.twitter.com/qN4bAs9o6y— Duncan 🦅 (@duncangutse) May 12, 2026