Skip to main content

Sukan

EPL: Ranting masih kuat, Arsenal kekal pendahulu liga tundukkan Chelsea

Arsenal's Jurrien Timber, center, celebrates after scoring during the Premier League soccer match between Chelsea Arsenal in London Sunday, March 1, 2026. (AP Photo/Alastair Grant)
Jurrien Timber (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol ketia perlawanan EPL antara Chelsea dan Arsenal di London, 1 Mac 2026. (Foto AP)

ARSENAL mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan lima mata apabila mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas 10 pemain Chelsea di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Gol kemenangan menerusi tandukan Jurrien Timber pada minit ke-66 memastikan skuad kendalian Mikel Arteta itu terus mendahului pesaing terdekat, Manchester City.

Perlawanan itu berlangsung sengit menyaksikan kesemua tiga gol terhasil menerusi situasi sepakan penjuru, di mana kedua-dua pasukan bergelut untuk mencipta peluang melalui permainan terbuka.

William Saliba terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-21 tetapi kedudukan kembali terikat sebelum tamat separuh masa pertama gara-gara gol sendiri Piero Hincapie.

Suasana di Stadium Emirates semakin hangat apabila Timber meletakkan Arsenal kembali di depan, meskipun pemain Chelsea mendakwa berlaku kekasaran dalam kotak penalti semasa proses jaringan itu terhasil. 

Protes keras Pedro Neto terhadap keputusan pengadil, Darren England, menyebabkannya dilayangkan kad kuning, sebelum dia kemudiannya diperintah keluar padang hanya berselang tiga minit gara-gara menjatuhkan Gabriel Martinelli ketika satu gerakan serangan balas.

Walaupun beraksi dengan kekurangan pemain, Chelsea cuba bangkit dengan memasukkan tenaga baru, termasuk Liam Delap dan Alejandro Garnacho.

Peluang terbaik pelawat hadir dalam masa kecederaan melalui hantaran lintang berbahaya Garnacho yang  diselamatkan penjaga gol, David Raya.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal terus selesa di puncak liga tetapi bagi pengurus baru Chelsea, Liam Rosenior, ia merupakan kekalahan liga pertamanya sejak mengambil alih tugas itu daripada Enzo Maresca pada Januari lalu.

 

Must Watch Video