Skip to main content
Advertisement

Sukan

Enam bulan hilang tapi kembali dengan fenomena luar biasa, esok hari istimewa!

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Pemain JDT Arif Aiman Mohd Hanapi meraikan jaringan gol pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2025/26 di antara JDT menentang Kuching City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.  JDT muncul juara setelah menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 2-0.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Arif Aiman meraikan jaringan gol pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2025/26 antara JDT dan Kuching City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. --fotoBERNAMA

TAHNIAH Arif Aiman Hanapi!

Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) itu akan menamatkan zaman bujangnya apabila dijadual melangsungkan perkahwinan pada esok.

Tular di media sosial satu kad jemputan perkahwinan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) itu menyaksikan peminat tempatan turut meraikan berita gembira tersebut.

Pemain berusia 24 tahun itu difahamkan akan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri dalam satu majlis yang akan berlangsung di Johor Bahru dengan tetamu kenamaan iaitu Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan menjadi saksi pernikahan tersebut.

Ia, adalah musim yang sukar buat dirinya apabila terpaksa melupakan bola sepak selama enam bulan selepas mengalami kecederaan sewaktu mewakili Harimau Malaya pada November lalu.

Namun, dia kembali melakukan penampilan bersama Harimau Selatan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Lebih manis, kepulangannya menandakan fenomena luar biasa apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan skuad kendalian Xisco Munoz itu meskipun hanya sempat beraksi sekitar 20 minit.

Penyokong berdiri bersorak gembira melihat Arif Aiman sudah kembali di atas padang.  

 

Must Watch Video

Advertisement