Skip to main content

Advertisement

Politik

[TERKINI] PRN Sabah: Isu kemudahan asas di Usukan jadi fokus Japlin

51763216483_japlinakimusukan.jpg
KUALA LUMPUR: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan, Datuk Japlin Akim, menyatakan komitmennya untuk terus memperjuangkan penambahbaikan kemudahan asas di kawasan itu sekiranya diberikan mandat pada pilihan raya kali ini.

Katanya, selepas kali terakhir berkhidmat sebagai wakil rakyat pada 2020, peluang yang diberikan semula oleh akar umbi untuk mewakili GRS di Usukan merupakan amanah besar yang akan digalas sebaik mungkin.

Menurutnya, masih banyak isu asas yang memerlukan perhatian segera, termasuk jalan kecil di perkampungan, bekalan elektrik serta akses air bersih.

"Sudah tentulah sebagai wakil rakyat, insya-Allah sekiranya diberi mandat oleh rakyat sekali lagi, inilah impian kita: untuk memastikan usaha membela dan memperbaiki prasarana serta keperluan asas ini dapat dipertingkatkan dari masa ke masa," katanya.

Japlin juga turut menegaskan komitmennya untuk terus dekat dengan masyarakat dan memastikan setiap pembangunan yang dirancang memberi manfaat menyeluruh kepada penduduk Usukan.

Must Watch Video