Skip to main content

Politik

Sultan Johor titah MB baharu perlu tukar barisan Exco - Osman

61555122271_ybosmansapian.jpg
Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menitahkan agar perubahan struktur dilakukan ke atas Majlis Mesyuarat Negeri sebagai salah satu syarat kepada Menteri Besar yang baharu, kata Datuk Osman Sapian.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Pakatan Harapan (PH) Johor di sini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu berkata, syarat itu disampaikan Tuanku sewaktu beliau mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi, pagi Sabtu.

“Mungkin dalam soal ini juga ada perubahan besar dalam pembentukan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor sebagaimana titah Tuanku tadi,” katanya.


 
Mengenai status beliau sebagai Menteri Besar ketika ini, Osman berkata, beliau telah menyampaikan surat itu secara rasmi kepada Tuanku, namun ianya langsung tidak dibuka.

“Saya telah serahkan surat peletakan jawatan saya kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada selepas berbual panjang...Tuanku ambil (surat itu) tapi tak melihat pun apa isi kandungan dalam surat sebaliknya Baginda titah, surat itu dianggap ‘souvenir’ (cenderahati),” katanya lagi.



Must Watch Video