Skip to main content

Politik

Rakyat tak kisah janji 100 hari - Khairy

51529569255_KhairyJamaluddin.jpg
Rakyat tidak kisah mengenai janji 100 hari atau janji-janji lain dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sama ada dilaksanakan atau tidak.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana rakyat memilih PH bukan kerana manifesto ditawarkan sebaliknya hanya mahu menumbangkan UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Malah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri akui manifesto PH ditulis dalam keadaan tidak sangka boleh menang.

"Sebab itu janji dibuat tanpa memikirkan implikasi kewangan dan lain-lain.

“Rakyat terima sebab rakyat hanya nak buang UMNO-BN. Bukan setuju dengan manifesto PH,” katanya di laman Twitter hari ini.


Must Watch Video