Skip to main content

Politik

PPBM jawab RoS sehari sebelum tarikh tamat

51514879038_PPBM.jpg
Parti Pribumi Melayu Malaysia (PPBM) berjaya memenuhi tuntutan notis Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk menyediakan dokumen yang diperlukan sehari sebelum tarikh akhir, iaitu hari ini.

Dalam satu kenyataan media semalam, segala maklumat dan dokumen itu diserahkan pada 2.45 petang, 29 Mac, dan ia mengandungi minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti, seperti mana dikehendaki RoS mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1996.

“Sebagai sebuah parti politik yang sah berdaftar, PPBM akan sentiasa mematuhi keperluan undang-undang. Oleh itu PPBM yakin RoS akan bertindak mengikut lunas undang-undang yang benar dan tidak memangsakan  PPBM dalam apa jua cara  sehingga menggugat amalan dan prinsip demokrasi atau mencabul  keluhuran undang-undang,” menurut kenyataan itu lagi.

Sebelum ini dilaporkan, PPBM bakal menghadapi tindakan pembubaran sekiranya ia gagal menepati apa yang dikehendaki RoS.

Ia sekaligus menghalang pihak berkenaan memproses pendaftaran Pakatan Harapan, dan menimbulkan tanda-tanya sama ada mereka boleh bertanding di bawah logo yang sama atau tidak sewaktu pilihan raya umum yang bakal menjelang.

Perkara itu turut menimbulkan spekulasi mengenai parti manakah yang bakal Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal sertai bagi membolehkan mereka bertanding nanti.

BACA: PPBM bersedia sekiranya dibubarkan - Tun Mahathir 

BACA: Pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak dapat diproses – RoS 

BACA: RoS belum dapat proses pendaftaran Pakatan Harapan 

Must Watch Video