Skip to main content

Politik

Isu pil kuda, dakwaan Ku Nan tidak benar - Mohd Noor

41438489039_PAS.jpg
Pas Wilayah Persekutuan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa ada dalam kalangan jentera Pas telah mengambil 'pil kuda' ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13.

Sambil menyifatkan dakwaan itu adalah tidak benar Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohd Noor Mohamad berkata, pihaknya turut akan meminta perkara tersebut disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

"Beliau sepatutnya menunjukkan bukti dan tidak membuat dakwaan semata-mata," katanya dalam sidang media pengumuman Manifesto Pas Wilayah Persekutuan di Putrajaya malam ini.

Hari ini, Tengku Adnan dalam majlis pecah tanah dua surau di Putrajaya mendakwa mengetahui mengenai perkara itu semasa kempen PRU13  ketika beliau berdepan pencabar daripada Naib Presiden Pas ketika itu, Husam Musa bagi kerusi Parlimen Putrajaya.

Dakwa Tengku Adnan, beliau hairan melihat petugas Pas mampu bekerja berterusan tanpa tidur selama dua tiga hari.

"Yang budak Pemuda UMNO ini lembik, longlai. Akhirnya bila kita selidik rupanya dia sumbat kawan ini dengan pil kuda," dakwanya.

Must Watch Video