Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata rakyat amat memerlukan negara yang aman kerana tiada apa dapat dilakukan sekiranya tiada keamanan dalam negara.
Najib mengibaratkan keamanan negara umpama kesihatan seorang individu iaitu mereka yang kesihatannya tidak tergganggu tidak dapat membayangkan betapa sukarnya kehidupan jika kesihatan mereka terancam.
"Begitu jugalah bagi kita yang mengecapi keamanan secara berterusan, berdekad-dekad negara aman, tidak tahu bagaimana keadaan negara tidak aman," katanya ketika merasmikan Program 1Malaysia Family Care (1MFC) di Sabak Bernam hari ini.
Najib berkata bagaimana peritnya sekiranya keamanan itu tidak dapat dipelihara dan menurutnya peristiwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah membuka mata rakyat Malaysia betapa susahnya rakyat Malaysia di dua kawasan itu apabila keamanan mereka terancam.
"Maknanya bila negara aman kita banyak pilihan, kalau negara tak aman nasi pun beras pun tak cukup dan mereka yang telah melalui zaman tersebut (penjajahan Jepun) faham tapi kalau kita tak lalui zaman itu kita tak dapat bayangkan bagaimana keadaan yang terpaksa kita lalui," kata beliau.
Najib berkata, semasa bersarapan di rumah seorang penduduk yang dilawatinya di Teluk Rhu di sini pagi tadi, beliau memilih ubi kayu bersama sambal tumis biarpun nasi lemak juga ada dihidangkan.
Beliau berkata pada zaman penjajahan Jepun dahulu rakyat Malaysia hanya memakan ubi kayu saban hari kerana tiada pilihan daripada segi makanan.
"Alhamdulillah, dalam hal ini, bila kita mendapati negara kita berhadapan dengan ancaman tersebut, bila kita ada kekuatan, bila kita bersatu, bila kerajaan ada iltizam yang kuat, maka soal keselamatan dan kedaulatan negara kita tidak akan kompromi," katanya.
Najib berkata beliau meluangkan masa bersama para anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu semalam bagi melihat sendiri keadaan mereka dan pada hari ini beliau melawat waris Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud anak kelahiran daerah Sabak Bernam yang gugur di Lahad Datu.
"Tapi apa yang menyedihkan dalam kita hendak jaga keselamatan, kita tak mahu soal ini ada sesiapa yang nak meraih keuntungan politik tetapi ada pihak yang memperlekehkan pasukan keselamatan kita, ada pihak yang cuba untuk menghasut rakyat kononnya ini sandiwara," katanya.
Najib juga berkata ada pihak-pihak yang membuat perkara yang amat meragui dan menyentuh soal kepentingan kedaulatan Malaysia.
Beliau berkata rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan hidup dalam harmoni dan kerana itulah kerajaan memperkenalkan Gagasan 1Malaysia agar rakyat mempunyai ikatan kebersamaan dan rasa cinta kepada negara.
Selain itu, beliau berkata kedudukan ekonomi Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia berbanding dengan 'Euro Zone' di mana Sepanyol yang merupakan Juara Piala Dunia mengalami kadar pengangguran lebih daripada 50 peratus.
Bagaimanapun, bagi Malaysia adalah lebih penting ia menjadi juara dalam memakmurkan negara daripada menjadi Juara Piala Dunia, katanya.
"Sebab itulah kita perlu menyokong kerajaan yang ada pada hari ini, satu kerajaan yang boleh menjamin masa depan negara berasaskan keamanan negara kita, keselamatan, kesihatan dan ekonomi, perpaduan. Insya-Allah, kalau kita lakukan sokongan seperti ini pada kerajaan maka masa depan kita pasti, insya-Allah, jadi lebih baik," katanya.