Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menggandakan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang kini masuk fasa terakhir dengan tempoh kempen berbaki dua hari sebelum dihentikan pada tengah malam Sabtu.
Penganalisis politik bagaimanapun berpendapat kempen fasa terakhir itu tidak mungkin akan mengubah pendirian pengundi yang secara umumnya sudah membuat pilihan masing-masing.
Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, pengundi kini hanya menunggu masa untuk melaksanakan tanggungjawab pada hari pengundian Ahad ini.
"Kebanyakan pengundi pada hemat saya sudah membuat keputusan. Kalau ada pun yang belum membuat keputusan, jumlah mereka ini agak kecil mungkin dalam sekitar lima hingga 10 peratus," katanya kepada Astro AWANI.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan siri jelajah kempennya ke serata negara dengan tumpuan kali ini di kawasan Parlimen Sepang, Kuala Langat, Kapar , Klang dan Puchong. Pada sebelah malam, Najib dijadual menyertai satu rapat umum Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Setiawangsa.
Perdana Menteri pada Rabu melawat empat daerah di Kelantan dan kemudian hadir dalam satu majlis bersama rakyat di kawasan Parlimen Wangsa Maju di sini, malam tadi.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula hari ini dijadual menghadiri beberapa program di serata Kedah sebelum kempen terakhir difahamkan akan bertumpu di Pulau Pinang pada Sabtu.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, tempoh kempen yang tinggal dua hari ini sangat penting dan kritikal bagi BN dan Pakatan Rakyat.
Beliau bagaimanapun menarik perhatian bahawa kempen BN dalam pilihan raya umum kali ini agak santai dan membayangkan keyakinan jentera parti pemerintah itu untuk memperbaiki keputusan berbanding pilihan raya umum lima tahun lalu.
"Kita tidak tahu apakah akan ada strategi akhir dalam masa sehari dua ini daripada BN," katanya.
Jelas beliau, BN dan Pakatan Rakyat masih bersaing sengit sepanjang kempen ini dan "keadaan masih agak sukar untuk dibaca."
Kaji selidik UMCEDEL yang terakhir baru-baru ini mendapati BN dan Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan seimbang untuk menang pilihan raya ini dengan undi penentu bergantung kepada peralihan 9 peratus pengundi yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu.
Kajian melibatkan 1,407 responden yang terdiri daripada pengundi di serata Semenanjung Malaysia itu dilakukan antara 4 hingga 20 April iaitu sehari selepas pembubaran Parlimen sehingga hari penamaan calon.
Kajian itu juga mendapati 43 peratus daripada responden yang ditemubual berpendapat Anwar layak untuk jadi Perdana Menteri berbanding 39 peratus yang menerima Najib.
Najib bagaimanapun dalam reaksinya tidak bersetuju dengan kajian itu dan menyifatkannya sebagai karut serta sebaliknya yakin BN berada di landasan yang betul untuk menang PRU-13 ini. Kaji selidik itu juga dipertikaikan oleh beberapa ahli akademik.
Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) dari Universiti Utara Malaysia dalam satu kajian berasingan pula mendapati BN mempunyai harapan cerah untuk kekal memerintah dengan 58 peratus daripada responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri, berbanding 42 peratus yang menyokong Anwar.
Kajian MAPAN itu melibatkan 3,550 responden di seluruh negara termasuk dan dilakukan selama tiga hari antara 28 hingga 30 April. Kajian UMCEDEL itu diumumkan tiga hari sebelum MAPAN melakukan kajiannya iaitu pada 25 April.
Dalam pada itu, kajian UMR Research dari Sydney yang diumumkan pada Khamis menunjukkan kedudukan sengit antara BN dan Pakatan Rakyat dengan kelebihan hanya satu peratus memihak kepada BN.
Ia juga mendapati rakyat Malaysia mahukan perubahan tanpa mengira parti mana yang mereka sokong.
Kajian itu melibatkan 501 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia dan wawancara dilakukan dalam talian antara 23 hingga 27 April lalu.
Sementara itu di MUAR, Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan menggesa jentera parti menggiatkan kerja pada hari-hari terakhir kempen dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum Ahad ini.
Ahmad berkata jentera BN tidak boleh bersikap sambil lewa walaupun maklum balas yang diterima menunjukkan BN mampu menang dengan majoriti dua pertiga.
"Berdasarkan laporan 7,531 pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh negara, kita yakin boleh menang
Selangor, Kedah dan Kelantan, mungkin juga Pulau Pinang.
"Jadi jentera parti walaupun gembira, tidak boleh terlalu leka sebaliknya perlu melipatgandakan usaha untuk mencapai kemenangan yang diharapkan," katanya seperti dipetik oleh Bernama.
Ahmad juga menegaskan tsunami politik telah berakhir terutama dengan pendekatan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.
Beliau juga menyifatkan Pakatan Rakyat telah tersilap percaturan kerana cuba merampas Johor yang telah sebati dengan UMNO dan BN.
Ahmad juga yakin Johor akan mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008 dengan merampas semula kerusi Parlimen dan DUN yang terlepas ke tangan pembangkang.
BN dan Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dan 148 kerusi untuk mendapat kelebihan dua pertiga di Parlimen.
Mandat itu akan ditentukan oleh 13.3 juta pengundi yang layak mengundi dalam pilihan raya kali ini termasuk 2.3 juta pemilih baru yang kebanyakannya berumur antara 21 hingga 35 tahun.
Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan 200,099 pengundi telah mengundi awal pada Selasa iaitu 83.88 peratus daripada jumlah yang layak untuk mengundi awal.