Skip to main content

Malaysia

Warga emas terkorban dalam kebakaran lebih 60 rumah di Tawau

71504574234_KebakaranKampung.jpg
Lebih 60 buah rumah musnah dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama tengah malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah memaklumkan kebakaran berlaku sekitar jam 12.55 pagi.

Ia melibatkan keluasan satu ekar dengan tiga blok kediaman.

Seorang warga emas berusia 82 tahun Sabon bin Ola disahkan meninggal dunia di hospital selepas ditemukan pengsan dalam kejadian itu.

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya jam 4 pagi tadi.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Must Watch Video