Skip to main content

Malaysia

Wanita lemas MPV terjunam dalam Sungai Muar

51765235407_wanitalemas.jpg
TANGKAK: Seorang wanita berusia lingkungan 20-an ditemukan lemas setelah kenderaan dipandunya terjunam ke dalam Sungai Muar, Tanjung Agas dekat sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar Pegawai Bomba Kanan I Jahairi Shukor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.48 petang sebelum 10 anggota BBP Muar dan Tangkak dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata setibanya di tempat kejadian pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati seorang wanita terperangkap dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

"Pihak bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan mangsa namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.40 petang.

-- BERNAMA

Must Watch Video