Skip to main content

Malaysia

Tiga anak kapal warga Indonesia diculik di perairan Lahad Datu

41468130896_culik.jpg
Tiga lelaki warga Indonesia yang berkerja sebagai anak kapal pukat tunda dipercayai diculik di kawasan perairan Felda Sahabat 16 di sini, sekitar jam 11 malam tadi.

Bagaimanapun empat orang lagi rakan mereka ditinggalkan di kapal tersebut.

Suspek dikatakan terdiri daripada lima orang yang bersenjata api menggunakan bot berwarna putih serta bertutur dalam bahasa Melayu dengan loghat Suluk.

Empat orang lagi rakan mereka ditinggalkan di kapal tersebut. - Foto PDRM
Ketika kejadian, mangsa dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun dijangka mengadakan sidang media  pada jam 1 petang ini di Ibupejabat Polis Daerah Lahad Datu.



Must Watch Video