Skip to main content

Malaysia

Tiada arahan PKPD baharu dikeluar hari ini - MKN

41633094230_PKPD.jpg
KUALA LUMPUR: Tiada senarai lokaliti baharu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikeluarkan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad menerusi satu kenyataan media pada petang Jumaat.

Bagaimanapun, katanya terdapat satu lokaliti di daerah Lipis, Pahang dilanjutkan PKPD bermula 16 Oktober 2021 melibatkan Kampung Sungai Padi, mukim Telang.

Sementara itu, satu lokaliti di Kampung Air, Daerah Beluran, Sabah ditamatkan PKPD bermula 2 Oktober 2021.

Must Watch Video