Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Semua kementerian perlu guna AI, jawab surat rasmi - PM Anwar

61767589917_anwaribrahim.jpg
Semua kementerian diarahkan memastikan keseluruhan urusan pentadbiran dilaksanakan secara dalam talian, melainkan perkara yang tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada, kata Perdana Menteri Anwar. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Semua kementerian diarahkan memastikan keseluruhan urusan pentadbiran dilaksanakan secara dalam talian, melainkan  perkara yang tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, langkah berkenaan termasuk keperluan supaya semua jawapan surat rasmi, termasuk melibatkan Jemaah Menteri, dimulakan dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai draf awal sebelum ditambah baik melalui input peribadi bagi tujuan semakan, pembetulan dan pengesahan.

Pendekatan itu, katanya, bukan sahaja mampu menjimatkan masa, malah berpotensi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta kecekapan pentadbiran kerajaan secara keseluruhan.





Must Watch Video