Skip to main content

Malaysia

Tanah runtuh di Seri Kembangan, tiada kemalangan jiwa

71743519170_TanahRuntuh.jpg
SERI KEMBANGAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Taman Cheras Jaya, Seri Kembangan, pada Selasa.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mazlan Mohmad berkata, runtuhan yang berlaku itu bagaimanapun tidak membabitkan kerosakan pada struktur rumah atau kemalangan jiwa.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba Kajang dengan kekuatan enam anggota, bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.20 malam.

Menurutnya, tanah runtuh berlaku pada lereng setinggi kira-kira 10 kaki, dengan jarak lapan meter daripada bahagian belakang sebuah rumah teres.

Pemantauan dijalankan oleh pihak bomba dan penduduk terbabit dinasihatkan berpindah ke kawasan lebih selamat.

Kes telah diserahkan pada pihak berkuasa daerah untuk tindakan selanjutnya.



Must Watch Video