Skip to main content

Malaysia

Tabung derma anak yatim dipecah, aksi lelaki dirakam CCTV

81484831136_TabungDerma.jpg
Seorang pemilik kedai dobi layan diri dan kafe kerugian hampir RM400 selepas premisnya dipecah masuk.

Dalam kejadian di Bandar Baru Kerteh , Kemaman itu, penjenayah itu melariķan sejumlah wang tunai tabung kutipan derma untuk anak yatim kira-kira jam 1.40 petang, Rabu.

Menerusi rakaman  kamera litar tertutup (CCTV)  menunjukkan seorang lelaki cuba membuka pintu dengan menggunakan pemutar skru  sebelum memasuki kafe yang menempatkan tabung derma tersebut.

Pemiliknya, Mohd Ridzwan Mohd Hanaffi berkata kehilangan itu hanya disedari  kira-kira jam 5.30 petang ketika mahu memulakan operasi perniagaannya.


Oang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman (IPD) atau menghubungi bilik gerakan IPD Kemaman di talian  09 859 2222.

Must Watch Video