Skip to main content

Malaysia

SOP PKPB mukim Klang terbatal, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP

41602668955_ismailsabri.jpg
KUALA LUMPUR:Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor turut terpakai bagi mukim Klang, sekali gus bermakna SOP bagi mukim itu yang diumumkan minggu lalu terbatal.

Berikut lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

1) Seramai 284 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2) Daripada jumlah itu, seramai 278 individu dikompaun, enam lagi direman.

3) Antara kesalahan ingkar PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (134),  gagal menjaga penjarakan fizikal (68) dan gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (33).

4) Pihak berkuasa berjaya menahan 37 PATI dan merampas dua kenderaan darat menerusi Operasi Benteng.

5)  SOP PKPB seluruh Selangor adalah terpakai bagi mukim Klang.

Must Watch Video