Skip to main content

Malaysia

Semua sekolah di Pasir Gudang diarah tutup serta-merta - Maszlee

61552486375_MANGSA.jpg
Kesemua 111 buah sekolah di daerah Pasir Gudang telah diarah ditutup serta-merta, susulan kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Dr Maszlee, guru-guru dan kakitangan sekolah juga tidak perlu hadir bertugas sehingga kembali pulih.

Kementerian Pendidikan, sebelum ini memaklumkan penutupan sebanyak 43 sekolah setakat 7 petang tadi.

Kenyataan media Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.


Must Watch Video