Skip to main content

Malaysia

Rumah terbakar, lelaki ditemukan rentung

41688767395_RumahTerbakar.jpg
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong 6, Kampung Sri Puchong, Selangor.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 pagi, pada Sabtu.

Seterusnya, pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Cyberjaya dan BBP Seksyen 7 digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua pintu yang terbakar 90 peratus.

"Api berjaya dikawal pada 3.11 pagi namun pihak bomba menemui mangsa seorang lelaki berusia 37 tahun yang telah rentung," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Kenyataan itu berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Must Watch Video