Skip to main content

Malaysia

Rintihan enam beradik harapkan ibu pulang menjenguk di Aidilfitri

41405351112_295x200.jpg
Ketika orang  lain sibuk membuat persiapan  menyambut Aidilfitri  tidak lama lagi, enam beradik di Taman Cempedak Tasek Gelugor, sebaliknya hanya mengharapkan kepulangan ibu  mereka yang menghilangkan diri sejak awal tahun lalu.

Noor Hamizah Basir, 22, anak sulung keluarga itu berkata, ibunya  menghilangkan diri selepas berkahwin dengan seorang lelaki  selepas kematian bapa mereka akibat  sakit strok dua tahun lalu.

Menurut Noor Hamizah, sejak ibunya berkahwin lain, keadaan hidup mereka menjadi porak poranda apabila  bapa tirinya seorang penagih dadah turut menyebabkan ibu mereka terjebak dengan najis dadah.

Lebih dikesalkan apabila  ibu serta bapa tirinya yang pernah ditangkap polis akibat kesalahan dadah kini menghilangkan diri hingga ke hari ini.

Noor Hamizah yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga  merayu  agar ibunya  pulang semula ke rumah, apatah lagi hari raya bakal menjelma tidak lama lagi.


Must Watch Video