Skip to main content

Malaysia

Ribut petir, angin kencang di Labuan dan sembilan negeri hingga 7 malam ini

LABUAN, 26 Jun -- Garis badai terbentuk susulan cuaca mendung, hujan lebat dan ribut petir sejak pagi tadi di beberapa kawasan sekitar pulau ini dan perairan Laut China Selatan.  Menurut MetMalaysia, negara kini berada dalam fasa Monsun Barat Daya hingga September 2025, yang lazimnya mencatatkan hujan rendah akibat kurang pembentukan awan.  Namun, angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku, terutama di barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, khususnya pada awal pagi akibat fenomena garis ba
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan serta sembilan negeri hingga 7 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan serta sembilan negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu, dijangka melanda seluruh negeri Terenganu; Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh).

Di Pahang kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin, manakala di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu amaran sama dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan diramal terjejas ialah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement