KUANTAN: Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika memancing bersama tiga rakannya di sungai berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, Indera Mahkota di sini semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang hilang dikenali sebagai Muhammad Isyraf Danish Razmi, 15.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.21 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Kerja-kerja pencarian mangsa menggunakan teknik pencarian di permukaan di sekitar lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan. - Sinar Harian