Skip to main content

Malaysia

Rantau Asia Tenggara perlukan suara menyatukan, bukan cetus perpecahan - Nurul Izzah

61554357030_NurulIzzahAnwar.jpg
Nurul Izzah berkata, Malaysia akan terus mengamalkan diplomasi dengan jelas, yakin dan bebas, di samping menegaskan keterlibatan penting untuk mengekalkan kestabilan serantau. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Rantau Asia Tenggara memerlukan suara yang menyatukan, bukannya mencetuskan perpecahan di tengah-tengah ketegangan global yang meningkat, kata Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata Malaysia akan terus mengamalkan diplomasi dengan jelas, yakin dan bebas, di samping menegaskan keterlibatan penting untuk mengekalkan kestabilan serantau, keselamatan tenaga serta kepentingan keseluruhan Asia Tenggara.

Nurul Izzah berkata keterlibatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu berkenaan berlandaskan usaha untuk memelihara kestabilan serantau, keselamatan tenaga dan kepentingan lebih luas di rantau ini, sambil menambah sebarang cadangan sebaliknya akan menjejaskan mekanisme yang telah lama mengekalkan keamanan di Asia Tenggara.

“Malaysia secara konsisten menekankan bahawa diplomasi perlu diamalkan, bukannya diabaikan. Malaysia tidak akan diajar tentang kepentingan keterlibatan. Kita memilih dialog kerana sejarah membuktikan menjauhi perbincangan hanya akan mencetuskan ketegangan, bukannnya mengekalkan kestabilan.  

“Di saat berlakunya ketegangan global, rantau ini memerlukan suara yang menyatukan, bukannya menambah perpecahan,” katanya dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan bahawa Singapura tidak akan terlibat dalam rundingan dengan Iran bagi laluan selamat kapal di Selat Hormuz.

-- BERNAMA 

Must Watch Video