Skip to main content

Malaysia

QZ8501: AS hantar kapal pemusnah bantu operasi SAR

81419905502_295x200.jpg
Amerika Syarikat telah menghantar sebuah kapal pemusnah untuk membantu dalam usaha mencari pesawat AirAsia yang hilang.

Kapal USS Sampson dijangka tiba hari ini di zon carian penerbangan QZ8501 yang hilang pada Ahad di Laut Jawa dengan 162 orang di dalam pesawat.

"Angkatan Laut Amerika Syarikat sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Indonesia untuk mengenal pasti keupayaan tambahan di darat dan udara bagi membantu usaha pencarian mereka," kata Tentera Laut Armada ke-7 dalam satu kenyataan.


LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Must Watch Video