Skip to main content

Malaysia

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru disimbah cat merah

81574739978_TBCAT.jpg
Pintu masuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di sini disimbah dengan cat merah dalam kejadian awal pagi tadi.

Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata terdapat bangkai seekor ayam serta mesej ugutan terhadapnya turut dicampakkan di hadapan pintu berkenaan.

Katanya, kejadian disedari kakitangan pusat berkenaan pada pukul 7.20 pagi ketika ingin masuk ke pejabat terbabit.

"Satu laporan polis telahpun dibuat oleh kakitangan saya. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

"Ada (terima laporan)...dalam siasatan" katanya.

 

-- BERNAMA



Must Watch Video