Skip to main content

Malaysia

Polis siasat laporan DAP jalankan propaganda jahat

51525605088_MazlanLazim.jpg
Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan ahli seumur hidup parti DAP, Amran Ahmad bahawa parti itu menjalankan propaganda jahat dan menyebarkan fitnah terancang dengan menggunakan nama gabungan pembangkang demi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada  Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP itu semalam.

Beliau mengesahkan Amran telah membuat laporan polis di Balai Polis Pudu.


“Laporan polis ini kita akan buat siasatan di bawah seksyen 124C Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Amran meminta pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh dan menghentikan apa yang beliau dakwa propaganda jahat DAP sebelum PRU14 berakhir beberapa hari lagi.


Amran memaklumkan telah membuat laporan polis dan menyerahkan segala bukti berkaitan puluhan rakaman video dan risalah yang dikatakan disebarkan DAP. 

Must Watch Video