Skip to main content

Malaysia

PM Anwar santuni peniaga, pengunjung Bazar Ramadan Sukma Ria

KUCHING, 13 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan Sukma Ria sempena lawatannya ke Kuching ,hari ini.  Turut hadir, Premier Sarawak Tan Sri Abang John Tun Openg (dua, kanan).  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan Sukma Ria sempena lawatan kerja sehari beliau ke bandar raya hari ini. - Foto BERNAMA

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan Sukma Ria sempena lawatan kerja sehari beliau ke bandar raya hari ini.

Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni peniaga dan pengunjung yang membeli juadah berbuka puasa.

Beliau diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Bahagian di Kompleks Satria Pertiwi di sini.

Beliau kemudian menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak. 

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video