Skip to main content

Malaysia

PKPP: Sambutan Hari Raya Aidiladha dibenarkan

61590302196_HARIRAYA.jpg
Umat Islam di seluruh negara dibenarkan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban yang dijangka disambut pada 31 Julai ini.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun sambutan tersebut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam.

“Dalam kategori perayaan dan aktiviti keagamaan, saya nak sampaikan berita baik. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.

“Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Perintah Kawalan Pergerakan, pada Ahad.

Must Watch Video