Skip to main content

Malaysia

Pilihan raya tentukan survival Melayu

71358425232_295x200.jpg
Kaum Melayu hanya mempunyai dua pilihan dalam menentukan survival masa depan mereka.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pilihan itu boleh dibuat dalam pilihan raya akan datang yang dianggap ibu kepada segala pilihan raya.

Justeru beliau mengingatkan Melayu agar tidak mengambil jalan mudah dalam mencapai kejayaan.

Jelasnya, masa depan Melayu bergantung kepada kebolehan bangsa itu membuat pertimbangan berdasarkan sejarah dan keadaan semasa.

Kaum Melayu juga dalam masa sama  diingatkan agar tidak memisahkan diri dengan perubahan yang berlaku bagi mengelak hak mereka diambil.

Beliau berkata demikian dalam program bicara minda bertajuk "Masa depan Melayu dan Islam selepas PRU13".

Dalam ucapannya beliau turut menyentuh pelbagai aspek berkaitan masa depan politik orang Melayu.

Antaranya kemungkinan Islam akan hilang dan bukan Melayu menjadi perdana menteri di negara ini.

Must Watch Video