Skip to main content

Malaysia

PICK: Lebih 11.32 juta individu terima dos penggalak

51636596699_TBVAKSIN.jpg
KUALA LUMPUR: Seramai 11,327,531 individu atau 48.4 peratus populasi negara selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Pada Rabu, terdapat pertambahan 203,943 individu yang melengkapkan suntikan tersebut.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.7 juta populasi keseluruhan atau 78.7 peratus telah lengkap divaksinasi.

Seramai 22.92 juta individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.78 juta individu atau 88.5 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 208,042 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 62.89 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Must Watch Video