Skip to main content

Malaysia

Pesawat latihan Tentera Udara India terhempas di selatan India

41685662943_Kirantraineraircra.jpg
ANKARA: Sebuah pesawat latihan Tentera Udara India terhempas di negeri Karnataka di selatan negara itu pada Khamis, menurut satu kenyataan rasmi.

Pesawat latihan Kiran itu terhempas berhampiran Chamrajnagar, Karnataka ketika menjalani latihan rutin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan tentera udara yang disiarkan di twitter.

"Kedua-dua anak kapal melenting keluar dengan selamat," menurut kenyataan itu.

Tentera Udara India telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas itu.

Bulan lepas, sebuah jet MiG-21 tentera udara India terhempas di negeri barat Rajasthan, membunuh tiga orang awam di darat.

-- BERNAMA

Must Watch Video