Skip to main content

Gaya Hidup

Pengarah Lego Movie bina sendiri trofi Oscar

41421399945_295x200.jpg
Ketiadaan Lego Movie dalam pencalonan Filem Animasi Terbaik Oscar menimbulkan reaksi hangat di laman sosial.

Rata-rata menunjukkan rasa tidak puas hati apatah lagi setelah filem berkenaan menang Filem Animasi Terbaik di Anugerah Pilihan Pengkritik, beberapa jam selepas pencalonan Oscar diumumkan.

Selain mendapat perhatian portal berita, pengguna media sosial bertindak kreatif dengan menghasilkan pelbagai 'meme' dan suntingan menarik selepas pencalonan diumumkan.







Paling mendapat perhatian ialah tweet pengarah Lego Movie, Phil Lord yang menerima baik berita itu dengan membina trofi Oscar sendiri daripada Lego.


Juga tweet pengarah bersama, Christopher Miller.



Lego Movie tercalon dalam kategori Lagu Terbaik untuk Everything Is Awesome.

Must Watch Video