Skip to main content

Malaysia

Penganjuran Lima 2013 dijangka terbaik

71362524913_295x200.jpg
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aero-Angkasa Langkawi (Lima) 2013 dijangka yang terbaik berbanding penganjurannya sebelum ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, ia bakal menyaksikan  421 syarikat dari 29 negara akan  mengambil bahagian pada edisi ke-12.

Jelasnya penyertaan tersebut merupakan yang terbanyak sejak pameran itu mula diadakan pada 1991.

Malah beliau yakin ia mampu menarik puluhan ribu pelawat untuk mengunjungi pameran tersebut.

Tambah Ismail selain pameran Lima 2013 kali ini akan turut menyaksikan sebanyak enam perjanjian persefahaman akan ditandatangani.

Ia juga bakal mempamerkan kehebatan tiga pasukan aerobatik melakukan persembahan di ruang udara Langkawi.

Antaranya pasukan aerobatik Jupiter dari Tentera Nasional Indonesia, Pasukan Smokey Bandits dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pasukan aerobatik 1Malaysia 'Krisakti'.

Ismail berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa 'Lima 2013 yang dihadiri oleh kesemua agensi-agensi yang terlibat di Langkawi.

Must Watch Video