Skip to main content

Malaysia

Penganggur dituduh bunuh anak saudara sendiri

71580963177_Penganggurbunuh.jpg
Seorang penganggur dihadapkan ke mahkamah Majistret Kemaman pada Khamis atas tuduhan membunuh anak saudaranya sendiri.

Tertuduh Mohd Safuan Ramli, 26, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian kepada Nurhafiya Aufa Mohd Taquddin, 3 tahun.

BACA: "Saya maafkan dia..." - Bapa terima ketentuan anak ditikam adik sendiri

BACA: Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut ditikam di dada oleh bapa saudara

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 1 petang  di sebuah rumah di Felda Cerul dua, Kemaman pada 27 Januari lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 April depan bagi sebutan semula kes.


Terdahulu media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam oleh bapa saudaranya.

Dia dikatakan menikam mangsa di bahagian dada menggunakan pisau pemotong sayur.

Must Watch Video