Skip to main content

Malaysia

Pekerja swasta rugi lebih RM600,000 terperdaya skim pelaburan palsu

KUANTAN, 23 Jun -- Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman bercakap berhubung isu kecurian kabel di tapak binaan laluan ECRL antara Gebeng-Gambang ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini.  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut Yahaya, suspek mengarahkan mangsa memuat turun satu aplikasi pelaburan yang kemudian memaparkan keuntungan kononnya meningkat sehingga mencecah RM1.84 juta termasuk komisen pelaburan. - Gambar Bernama

KUANTAN: Seorang pekerja swasta kerugian lebih RM600,000 akibat terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud yang dipromosikan menerusi laman sosial.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki tempatan berusia 57 tahun itu yang tertarik dengan tawaran lumayan skim pelaburan itu dipercayai telah berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, suspek mengarahkan mangsa memuat turun satu aplikasi pelaburan yang kemudian memaparkan keuntungan kononnya meningkat sehingga mencecah RM1.84 juta termasuk komisen pelaburan.

“Bagaimanapun, apabila mangsa ingin mengeluarkan semula wang pelaburan berserta keuntungan yang dipaparkan, suspek memberi pelbagai alasan dan meminta bayaran tambahan sebelum proses pengeluaran boleh dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, mangsa membuat empat transaksi pindahan wang ke dalam empat akaun bank berbeza dari 9 Jan hingga 11 Feb menggunakan simpanan peribadi serta pinjaman ahli keluarga, menyebabkan kerugian keseluruhan berjumlah RM636,123. 

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi. 

"Mangsa penipuan juga dinasihatkan supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi mendapatkan bantuan segera,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 

 

Must Watch Video