Skip to main content

Advertisement

Malaysia

Pekerja binaan patah kaki, struktur rumah sedang diubah suai runtuh

81626243654_pekerjabinaanpata.jpg
IPOH: Seorang pekerja binaan patah kaki dipercayai terjatuh selepas struktur sebuah rumah yang sedang diubah suai runtuh, di Kampung Baru Buntong, dekat sini, hari ini.

Mangsa, Muhammad Zulkarnain Ahmad Nazeri, 40, dikatakan mengalami patah kaki di bahagian buku lali sebelah kiri.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.31 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kes rumah runtuh ketika mangsa membuat pengubahsuaian rumah lot Kelas A.



“Mangsa dipercayai berada di atas bahagian siling ketika kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut jurucakap itu lagi, ketika kejadian, rakan mangsa yang turut berada bersamanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan selanjutnya.

Must Watch Video