Skip to main content

Teknologi

NVIDIA GeForce RTX 4090 D dilancarkan untuk China

51703822624_TBNVIDIAGeForce.jpg
KERANA sekatan teknologi, NVIDIA GeForce RTX 4090 tidak boleh dijual di China kerana kemampuan memprosesnya melangkaui had yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat.

Kini kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 D telah dilancarkan khusus untuk pasaran China dengan beberapa perubahan.

Jumlah teras CUDA pada RTX 4090 D dikurangkan sebanyak 10% tetapi prestasi gaming menurut NVIDIA masih lagi sama seperti RTX 4090 yang dijual sebelum ini.

Kad dilengkapi 24 GB G6X RAM dan tidak boleh dilewah jam.

Setakat ini MSI, GALAX, ZOTAC, dan Inno3D telah mengumumkan mereka akan menawarkan kad RTX 4090 D kepada pelanggan mereka di China.

NVIDIA RTX 4090 D dijual pada harga RMB12,999 (~RM8463). -Amanz


Must Watch Video