Skip to main content

Malaysia

Negara hargai pengorbanan dan komitmen TUDM - PM Anwar

71748782187_AnwarIbrahim.jpg
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah menunjukkan komitmen, keberanian dan kesetiaan dalam mempertahan ruang udara negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Anwar berkata pengorbanan serta kesiapsiagaan anggota TUDM menjadi tunjang utama kepada keamanan dan kedaulatan tanah air yang dicintai.

"Teruskan legasi kecemerlangan, negara akan terus menghargai setiap titik peluh serta pengorbanan kalian. Dirgahayu TUDM Ke-67!" kata beliau.

Ulang Tahun TUDM ke-67 mengangkat tema 'Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara'.

-- BERNAMA



Must Watch Video